![]()
Unit Hasil
Pejabat Daerah Kuala Penyu
Mengenai Unit Hasil
Unit Hasil, Pejabat Daerah Kuala Penyu bertanggungjawab menguruskan kutipan bayaran hasil yang berkaitan dengan perkhidmatan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Penyu. Unit ini turut menyediakan khidmat bantuan dan bimbingan kepada orang awam bagi memudahkan urusan perkhidmatan yang disediakan.
Perkhidmatan yang Disediakan
Bayaran Dokumen Sebut Harga Projek
Urusan pembayaran dokumen sebut harga bagi projek pembangunan yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah Kuala Penyu, tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang berkuat kuasa.
Pejabat Daerah Kuala Penyu.
Bayaran Doket Mahkamah Anak Negeri
Perkhidmatan penerimaan bayaran doket bagi urusan Mahkamah Anak Negeri mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan.
Pejabat Daerah Kuala Penyu.
Khidmat Bantuan Permohonan Lesen Niaga
Permohonan dan pembayaran lesen niaga dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem E-Lesen, Portal Digital Sabah. Orang awam yang memerlukan bantuan boleh hadir ke kaunter Unit Hasil untuk mendapatkan penerangan serta bimbingan mengenai tatacara permohonan dan pembayaran secara dalam talian.
