KAWASAN PILIHAN RAYA
Dalam pembahagian kawasan pilihan raya di Negeri Sabah, Daerah Kuala Penyu berada di bawah Parlimen P.177 Beaufort yang merangkumi kawasan pentadbiran Daerah Beaufort dan Daerah Kuala Penyu. Bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pula, Daerah Kuala Penyu diwakili oleh DUN N.33 Kuala Penyu.
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
YB Datuk Limus bin Jury
Kawasan:
N.33 Kuala Penyu
Parlimen:
P.177 Beaufort
Mula Berkhidmat:
5 Mei 2013
Jawatan:
Ahli Dewan Undangan Negeri
N.33 Kuala Penyu
Sejarah Perkhidmatan
YB Datuk Limus bin Jury mula berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N.33 Kuala Penyu pada 5 Mei 2013 selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau seterusnya mengekalkan kerusi DUN Kuala Penyu dalam pilihan raya pada tahun 2018, 2020 dan 2025.
