![]()
Apa itu MySMJ?
Sabah Maju Jaya merupakan pelan pembangunan strategik Negeri Sabah yang dirancang untuk membawa perubahan positif kepada seluruh rakyat. Dengan visi yang jelas dan misi yang terfokus, pelan ini menjadi panduan dalam memastikan pembangunan yang inklusif, berkelanjutan dan berdaya saing.
Sejak pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 pada tahun 2021, pelbagai pencapaian telah diraih dalam pelbagai sektor. Hala Tuju SMJ 2.0 bagi tempoh 2026–2030 meneruskan usaha memacu pembangunan yang lebih adil dan sejahtera untuk rakyat Sabah.
🌐 Lawati Portal Rasmi MySMJ ↗Visi & Misi
Teras utama Sekretariat Sabah Maju Jaya dalam memacu pembangunan negeri yang lestari, inklusif dan berdaya saing.
Visi
Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama telah diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah, untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah.
Misi
- ✓ Mengukuhkan kaedah memudahcara dengan sistematik
- ✓ Menyelaras dan memantau dengan mengadaptasi semangat berpasukan
- ✓ Melaporkan pencapaian berintipatikan kebertanggungjawaban
- ✓ Menterjemahkan inspirasi kerajaan negeri melalui pelan tindakan
MySMJ Profiler
MySMJ Profiler Pejabat Daerah Kuala Penyu