Perutusan Pegawai Daerah

Salam Sejahtera, salam madani dan salam sabah maju jaya.
Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kuala Penyu dapat diwujudkan sebagai medium komunikasi rasmi antara pihak pentadbiran daerah dan masyarakat.
Laman web ini berfungsi sebagai platform penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan, peranan serta aktiviti Pejabat Daerah Kuala Penyu secara lebih sistematik, telus dan berkesan. Seiring dengan kemajuan teknologi digital, inisiatif ini diharap dapat memudahkan urusan orang awam serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat di peringkat daerah.
Pejabat Daerah Kuala Penyu sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran daerah, pengurusan pembangunan, penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Setiap usaha yang dilaksanakan adalah berteraskan prinsip tadbir urus yang baik, integriti dan profesionalisme demi memenuhi keperluan rakyat.
Saya berharap laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber rujukan yang bermanfaat oleh semua lapisan masyarakat. Sebarang cadangan dan maklum balas yang membina amat dialu-alukan bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan serta kemajuan Daerah Kuala Penyu.
Sekian, terima kasih.
'MALAYSIA MADANI'
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'