Loading

LAMAN WEB RASMI
PEJABAT DAERAH KUALA PENYU

Loading

OBJEKTIF DAN FUNGSI PENUBUHAN

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan Pejabat Daerah Kuala Penyu adalah untuk memastikan pentadbiran kerajaan di peringkat daerah dilaksanakan secara cekap, teratur, berkesan dan berintegriti, di samping menyokong penyelarasan pembangunan, keselamatan, kesejahteraan masyarakat serta pelaksanaan dasar dan program kerajaan di peringkat daerah.

Fungsi

Pejabat Daerah Kuala Penyu (PDKP) terdiri daripada dua (2) bahagian utama, iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pembangunan. Kedua-dua bahagian ini melaksanakan fungsi dan tanggungjawab masing-masing secara bersepadu, selaras dengan visi, misi dan hala tuju PDKP bagi memastikan pengurusan pentadbiran yang cekap serta pelaksanaan pembangunan daerah yang berkesan.

Fungsi utama bagi setiap bahagian adalah seperti berikut:

PEGAWAI DAERAH
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1

Keselamatan Daerah

Menyelaras keselamatan, ketenteraman awam serta kerjasama dengan agensi keselamatan berkaitan.

2

Pengurusan Bencana

Menyelaras kesiapsiagaan, operasi kecemasan, PKOB, PPS, bantuan mangsa dan pemulihan pascabencana.

3

Undang-Undang & Adat Istiadat

Mengurus urusan berkaitan peraturan, undang-undang kecil dan adat istiadat daerah.

4

Keharmonian & Perpaduan

Mengurus hubungan dengan komuniti, aduan awam, isu sosial serta program perpaduan.

5

Protokol & Istiadat

Menyelaras protokol, lawatan rasmi dan majlis kerajaan di daerah.

6

Perlesenan Perniagaan

Mengurus permohonan lesen, pematuhan syarat dan tindakan berkaitan pelanggaran lesen.

7

Projek & Aset Daerah

Menyelaras pemantauan pelaksanaan projek serta pengurusan aset daerah.

8

Kutipan Hasil

Menyelaras kutipan, rekod dan pengurusan hasil daerah mengikut peraturan kewangan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN
1

Pembangunan Daerah

Merancang, menyelaras dan memantau projek pembangunan mengikut dasar, jadual dan peruntukan.

2

Pembasmian Kemiskinan

Mengenal pasti golongan sasaran serta menyelaras dan memantau program bantuan dan peningkatan taraf hidup.

3

Pembangunan Masyarakat & Ekonomi

Menggalakkan pembangunan komuniti, keusahawanan, ekonomi setempat dan modal insan.

4

Profil Kampung

Mengumpul, mengemas kini dan mengurus data penduduk, kemudahan serta sosioekonomi kampung untuk tujuan perancangan.

wpChatIcon
wpChatIcon