![]()
Unit Akaun
Pejabat Daerah Kuala Penyu
Mengenai Unit Akaun
Unit Akaun, Pejabat Daerah Kuala Penyu bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perakaunan jabatan bagi memastikan urusan pembayaran, pengurusan peruntukan dan penyelenggaraan rekod kewangan dilaksanakan secara cekap, teratur, telus dan berintegriti selaras dengan peraturan serta tatacara kewangan yang berkuat kuasa.
Fungsi Unit Akaun
- Mengurus dan memproses pembayaran kepada kontraktor dan penyedia perkhidmatan.
- Mengurus dan memproses pembayaran bil serta invois pembekal.
- Mengendalikan pertanyaan dan semakan status pembayaran.
- Mengurus pembayaran elaun dan bayaran lain kepada individu yang layak.
- Memberikan khidmat nasihat dan panduan berkaitan pengurusan kewangan.
- Mengurus dan memproses pembayaran emolumen kakitangan.
- Mengurus dan memproses tuntutan perjalanan rasmi, elaun lebih masa dan tuntutan lain kakitangan.
- Mengurus dan memantau Daftar Bil.
- Mengurus dan memantau peruntukan serta perbelanjaan jabatan.
- Menyelaras penyediaan anggaran belanjawan tahunan jabatan.
- Mengurus urusan pendahuluan dan pelarasannya.
- Menyelenggara dan mengemas kini rekod kewangan serta perakaunan jabatan.
- Menyediakan penyesuaian penyata akaun jabatan.
- Menyediakan laporan dan penyata kewangan berkala.
- Menyelaras urusan penutupan akaun akhir tahun.
- Menyediakan dokumen kewangan bagi tujuan pengauditan dan tindakan susulan terhadap teguran audit.
- Memastikan pematuhan terhadap peraturan, pekeliling dan arahan kewangan yang berkuat kuasa.
PEGAWAI DAN KAKITANGAN
Gambar
NADIA BINTI NGATIMIN
Penolong Akauntan
nadia.ngatimin@sabah.gov.my
Gambar
LADEMILIA DUISAN
Pembantu Tadbir (Kewangan)
lademilia.duisan@sabah.gov.my
Gambar
CYVONNEY SING LOONG
Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi)
cyvonney.sing@sabah.gov.my
Gambar
IVY CLARICE CHARLES
Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi)
ivyclarice.charles@sabah.gov.my
Urusan perkhidmatan Unit Akaun tertakluk
kepada hari dan waktu bekerja Pejabat
Daerah Kuala Penyu.
