![]()
Piagam Pelanggan
Pejabat Daerah Kuala Penyu
Warga Pejabat Daerah Kuala Penyu beriltizam untuk memberikan perkhidmatan awam yang cekap, telus, berintegriti, profesional dan mesra pelanggan melalui pematuhan kepada undang-undang, pekeliling, arahan serta prosedur kerja yang sedang berkuat kuasa demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan daerah.
Bahagian Pentadbiran
- Memberikan perkhidmatan pentadbiran yang cekap, telus, berintegriti dan profesional serta layanan yang mesra kepada pelanggan.
- Memastikan urusan pentadbiran dilaksanakan mengikut peraturan, pekeliling dan prosedur yang berkuat kuasa.
- Memproses permohonan mendiami Rumah Kerajaan dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan lengkap diterima.
- Mengemas kini rekod perkhidmatan, mendaftarkan dan memfailkan dokumen rasmi dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Menyampaikan pekeliling dan arahan rasmi kepada pegawai serta kakitangan dengan segera.
- Memastikan kerahsiaan dokumen dan maklumat rasmi dipelihara serta menolak sebarang salah guna kuasa, penyelewengan atau konflik kepentingan.
Bahagian Pembangunan
- Memberikan perkhidmatan pengurusan projek pembangunan yang cekap, telus, berintegriti dan berkualiti.
- Memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut skop, spesifikasi, jadual pelaksanaan dan peruntukan yang diluluskan.
- Memastikan urusan perolehan, pelaksanaan projek dan pembayaran mematuhi peraturan serta tatacara yang berkuat kuasa.
- Memastikan aduan dan maklum balas berkaitan projek pembangunan diambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Memastikan dokumen dan rekod projek diselenggara dengan lengkap, tepat dan teratur.
Unit Akaun
- Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.
- Memproses bayaran tuntutan, bil dan invois dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
- Memberikan maklum balas terhadap pertanyaan berkaitan kewangan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memproses urusan gaji, kenaikan gaji dan pelarasan gaji mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
- Memproses pembayaran elaun bulanan JKKK berdasarkan senarai dalam Sistem E-JKKK.
- Menyediakan laporan kewangan yang tepat dan lengkap mengikut tempoh ditetapkan.
Unit Hasil
- Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap, profesional dan berintegriti.
- Mengeluarkan resit bayaran kepada pelanggan pada hari yang sama bagi setiap urusan pembayaran.
- Memastikan kutipan hasil direkod, disahkan, dibankkan dan diurus mengikut Arahan Perbendaharaan serta peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
- Memastikan rekod kutipan hasil dan dokumen kewangan diselenggara dengan lengkap, kemas dan sedia untuk semakan atau audit.
- Memberikan maklum balas terhadap pertanyaan berkaitan lesen, bayaran dan hasil dalam tempoh 3 hari bekerja.
Unit Sabah Maju Jaya (SMJ)
- Memproses permohonan bantuan Program SMJ mengikut garis panduan dan prosedur yang ditetapkan.
- Menyemak, mengesahkan dan mengemukakan permohonan lengkap kepada agensi berkaitan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memberikan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan Program SMJ secara cepat, tepat, mesra dan profesional.
- Memastikan permohonan, dokumen sokongan dan maklumat penerima bantuan disemak serta diselenggara dengan lengkap dan terkini.
- Melaksanakan pemantauan bantuan SMJ bagi memastikan objektif dan manfaat program tercapai.
- Menguruskan Program SMJ secara berintegriti, amanah dan profesional tanpa penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah atau konflik kepentingan.
Unit e-Kasih
- Memberikan penerangan berkaitan syarat dan prosedur pendaftaran eKasih secara jelas, tepat dan mesra.
- Menyemak, mengesahkan dan mengemas kini maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) serta isi rumah dalam Sistem eKasih berdasarkan dokumen dan hasil siasatan.
- Memastikan maklumat eKasih direkodkan dengan tepat, terkini dan sahih melalui proses semakan yang teliti.
- Menguruskan data eKasih secara adil, telus, berintegriti dan profesional serta menolak sebarang pemalsuan maklumat, penyalahgunaan data atau salah guna kuasa.
Klik nama bahagian atau unit di atas untuk melihat piagam pelanggan berkenaan.
