![]()
SOALAN LAZIM (FAQ)
Apakah fungsi utama Pejabat Daerah Kuala Penyu?
Pejabat Daerah Kuala Penyu bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran daerah, penyelarasan pelaksanaan program dan projek pembangunan serta kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan.
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat perhubungan Pejabat Daerah Kuala Penyu?
Maklumat alamat, nombor telefon dan saluran perhubungan rasmi boleh didapati melalui menu Hubungi Kami di laman web Pejabat Daerah Kuala Penyu.
Apakah waktu operasi Pejabat Daerah Kuala Penyu?
Waktu operasi Pejabat Daerah Kuala Penyu adalah dari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Waktu rehat adalah dari 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin hingga Khamis) dan 11.30 pagi hingga 2.00 petang (Jumaat).
Pejabat ditutup pada hari Sabtu, Ahad serta cuti umum.
Bagaimanakah saya boleh mengemukakan aduan atau maklum balas kepada Pejabat Daerah Kuala Penyu?
Orang awam boleh mengemukakan aduan, cadangan atau maklum balas melalui saluran berikut:
Sistem i-Adu: Melalui pautan yang disediakan di laman web rasmi.
E-mel: pd.kualapenyu@sabah.gov.my
Telefon: 087-884715
Hadir sendiri: Pejabat Daerah Kuala Penyu, Peti Surat 27, 89747 Kuala Penyu, Sabah.
Setiap aduan yang diterima akan disemak dan disalurkan untuk tindakan berdasarkan bidang kuasa serta prosedur yang berkuat kuasa.
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan profil dan tempat menarik di Daerah Kuala Penyu?
Maklumat mengenai latar belakang daerah, kawasan pentadbiran, pelancongan dan tempat menarik boleh dirujuk melalui menu Profil Daerah.
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan profil dan tempat menarik di Daerah Kuala Penyu?
Maklumat mengenai latar belakang daerah, kawasan pentadbiran, pelancongan dan tempat menarik boleh dirujuk melalui menu Profil Daerah.
